Demi Masa

Pengunjung

What/ Where is my location,,,

Cari Callsign

Search: by:

Semak Senarai Hitam PTPTN

Masukkan No Kad Pengenalan anda di bawah:

No. Kad Pengenalan: contoh: 700127015814

Data kemaskini sehingga 21 Julai 2009

Siapa yang Mengikuti Blog Ini

Statistik Pelawat Mengikut 'browsers'

Dari mana gerangan pelawat laman ini...

Berita Harian : BeritaUtama

Berita Harian : Mutakhir

Berita Harian : Wilayah

KUALA LUMPUR 6 Okt. — Seramai 475,182 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan menduduki peperiksaan itu di seluruh negara mulai esok, perlu terlebih dahulu menjalani pemeriksaan suhu badan sebagai langkah mengelak penularan wabak Influenza A(H1N1).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, pemeriksaan itu merupakan langkah sama yang diambil ke atas calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September lepas.

“Mana-mana pelajar yang didapati mempunyai suhu badan melebihi 37.8 darjah Celcius akan mengambil peperiksaan di bilik peperiksaan berasingan, juga seperti yang kita wujudkan di setiap pusat peperiksaan UPSR yang lalu,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, kementerian membekalkan termometer, pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut untuk diagihkan kepada setiap calon di 3,496 pusat peperiksaan PMR di seluruh negara.

“Namun, pemakaian penutup hidung dan mulut ini tidak diwajibkan dan calon dibenarkan untuk membuka penutup hidung dan mulut itu jika tidak selesa,” katanya.-Bernama



KUALA LUMPUR: Ganjaran bernilai lebih RM500,000 termasuk sebuah kereta Peugeot 308 serta Kia Optima menanti pemenang pertandingan mereka cipta blog, Blog For FT yang menggalakkan orang ramai mempromosikan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan maju dan sejahtera.

Pertandingan kelolaan Kementerian Wilayah Persekutuan berlangsung selama tiga bulan bermula semalam itu adalah kempen yang julung kali diadakan dengan perkembangan media baru dalam menonjolkan imej wilayah ini di mata dunia menerusi perspektif dan pengalaman penghuninya sendiri.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, berkata cetusan idea hasil pertemuan dengan bloggers pada awal pelantikannya itu direalisasikan kini bagi menyemarakkan lagi semangat gagasan 1Malaysia dalam mengukuhkan rasa kekitaan dikalangan masyarakat khususnya di ibu kota.

“Peserta boleh menulis apa saja perkara positif dalam bentuk teks, visual, audio, video dan bermacam lagi mengikut kreativiti penceritaan sama ada dalam bahasa Malaysia atau Inggeris dengan menyentuh apa juga aspek termasuk komuniti, sejarah, kemanusiaan, pelancongan atau makanan.

“Istimewanya, semua blog penyertaan akan diikuti seluruh masyarakat termasuk luar negara dan sebagai ganjaran tambahan, pemenang bakal membawa pulang kereta mewah, motosikal, komputer Dell, Blackberry, Sony Playstation, Sony PSP, Ipod serta wang tunai,” katanya pada majlis pelancaran di sini, semalam.

Bagi membolehkan semua peringkat usia dan masyarakat luar menyertai Blog For FT, penganjur membuka empat kategori utama iaitu Junior (18 tahun ke bawah), Umum dan Media selain kategori antarabangsa yang menawarkan tiket penerbangan dan penginapan hotel lima bintang di negara ini.

Raja Nong Chik berkata, blog mengenai keistimewaan Wilayah Persekutuan itu juga antara inisiatif menggalakkan kedatangan pelancong ke negara ini malah sambil mempromosi, peserta boleh memberikan komen membina memajukan lagi Wilayah Persekutuan.

Pemenang dinilai berdasarkan undian awam sebanyak 30 peratus manakala bakinya adalah pilihan juri khas termasuk bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar dan pegawai Kementerian Wilayah Persekutuan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan syarat penyertaan untuk peraduan yang ditutup pada 5 Januari 2010 itu, anda boleh melayari www.blogforft.com.

PESAWAT PERTAMA BUATAN MALAYSIA EAGLE X-TS DIPERKENALKAN-Tarikh Peristiwa pada 05-10-1993

Pada hari ini dalam tahun 1993, pesawat pertama buatan Malaysia, Eagle X-TS telah diperkenalkan. Ia telah dikeluarkan daripada tempat simpanan kapal terbang Henderson dekat Perth, Australia Barat. Pada mulanya, Projek Eagle X-TS dijalankan oleh sebuah Syarikat Australia tetapi telah mengalami beberapa masalah. Selepas itu, sebuah syarikat Malaysia milik penuh Perbadanan Menteri Kewangan iaitu Composite Technology Research (Malaysia) Sdn. Bhd. Telah menyelamatkan projek tersebut apabila ia membeli 50 peratus saham Syarikat Australia itu pada Disember 1990.

Pembabitan Malaysia dalam projek tersebut bukan sahaja dalam bentuk pertambahan modal malah membabitkan pengurusan, kawalan mutu dan pengeluaran. Sepasukan jurutera, juruteknik dan pengurus Malaysia telah dihantar untuk membina pesawat tersebut dengan bantuan pihak Australia. Pembinaan pesawat Eagle X-TS memakan masa dua setengah tahun. Sesungguhnya, penciptaan pesawat Eagle X-TS buatan Malaysia diharap akan dapat meningkatkan lagi pembabitan Malaysia dalam perindustrian kapal terbang. Kejayaan ini telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.








Maafkan Cikgu!!!  

9W2MLW ON AIRE!!!

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?

Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu”, jawabnya Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu? Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu. Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, Maafkan cikgu, Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut; Solat sunatpuasa sunatberzikir
bersedekah
mengusap rambut anak yatimmendengar cerita2 kesusahan orang lain membantu orang susah

APABILA …

a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)

a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN

a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.


4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan


6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda


7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:
S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.


8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.


9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.


10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

Assignment Baru  

9W2MLW ON AIRE!!!

Hari ni bermula kelas bagi semester 4, letih sebab kelas tamat jam 6.30. Assignment dah dapat. nantilah aku cuba rangka kan yang terbaik untuk dapatkan ilmu dalam membuat assignment...


HBMT 2103
HBHE 2103
HBPE 2103

Usaha...........Usaha...........Usaha...........Usaha...........Usaha...........Usaha...........
Usaha...........Usaha...........Usaha...........Usaha...........Usaha...........Usaha...........
Usaha...........Usaha...........Usaha...........Usaha...........Usaha...........Usaha...........

Jabatan Perkhidmatan Awam - Pekeliling

Jabatan Perkhidmatan Awam - Pekeliling

Jabatan Perkhidmatan Awam - Pekeliling

Jabatan Perkhidmatan Awam - Pekeliling

Jabatan Perkhidmatan Awam - Pekeliling

Jabatan Perkhidmatan Awam - Pekeliling

Jabatan Perkhidmatan Awam - Pekeliling

Jabatan Perkhidmatan Awam - Pekeliling

Jabatan Perkhidmatan Awam - Pekeliling

PSD - Circular

PSD - Circular

PSD - Circular

PSD - Circular

PSD - Circular

Me??? Who???

I'm a simple man with big laugh....!!!!!

Ministry Of Education

Rakan Bualan...


ShoutMix chat widget

Soalan Subjek OUM SMP

  • HBPE 1203
  • HBHE 1203
  • HBMT 1203
  • HBMT 1103
  • HBHE 1103
  • HBPE 1103

Nota-Nota Subjek OUM SMP

  • HBHE 1203
  • HBPE 1203
  • HBMT 1203
  • HBPE 1103
  • HBHE 1103
  • HBMT 1103

Kedai Aksesori Handphone, PDA serta spare parts

Foot Detox ---- Pelekat Kaki Nyah Toksin. Beli banyak lagi untung...!!!

Foot Detox Patch / Pelekat Kaki Buang Toksin --- Dah la murah, beli banyak lagi murah..!!!!!